Followers

Sunday, June 19, 2011

:)

senyum dan ketawa untuk kesihatan diri



1) para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jaging dalaman dan dapat merangsang seluruh tubuh selain mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon

2) pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan . apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira . kajian menunjukkan bahawa senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak . apabila darah yang sudah sejuk ini sampai ke hipotalamus ( bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi ) ia akan menghasilkan kesan gembira . selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding ketika mengerutkan dahi .

3) senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu lebih selesa dengan diri sendiri .

4) kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit . hal ini terjadi kerana apabila kita dewasa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat . kemudian kedua dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa .

5) kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stres iaitu stres yang baik dan stres yang tidak baik . senyum dan ketawa diketegorikan sebagai stres yang baik . stres yang tidak baik akan memberikan tekanan kepada sistem ketahanan badan .

6) sewaktu kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma - inteferon ( protin melawan penyakit ), sel T ( yang penting untuk sistem pertahanan badan ) dan sel B ( yang menghasilkan antibodi melawan penyakit ) .

7) senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan . banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung .

8) senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser . Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidapi penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat .

9) senyuman dan ketawa antara senaman yang baek kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan . ketawa mengurut organ dalaman abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar . ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru .

10 ) ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan . ada juga yang percaya bahawa ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit .

* dirembat dari majalah penganti keluaran januari 2011 kepunyaan ibu Miss SNARAS *

No comments:

Post a Comment