Followers

Tuesday, July 5, 2011

tanda lelaki sayang ... akhir

Tanda Lelaki Sayang....akhir

lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada kamu.
si dia mahu bermanje dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.
kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.
bukan senang lelaki sanggup mengubah sikaap machonya kepada seorang lelaki yang berperwatakan manja.
hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu.
tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah
BERUNTUNGNYA!!!

kamu beritahu yang kamu akan ke satu tempat untuk jangka masa yang agak lama.
tiba-tiba dia menjadi menggelabah dan tidak menentu.
itu tandanya si dia langsung tidak dapat berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya

si dia SANGGUP MENITISKAN AIR MATA demi kekasihnya.
bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu,
itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..

manusia tidak ada yang sempurna.
samalah juga dengan teman lelakimu, tak lari dari buat silap dan kadan-kadang buat kamu kecil hati..
tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia.
berilah dia masa untuk berubah.
nak berubah ni bukan senag tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik.
janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia dan kamu pasti ke pengganti kamu itu dapat bahagiakan kamu.

dan PENGORBANAN paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.
apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu.
asalkan kamu sentiase selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.
jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya
berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki..

setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing
kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,
alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana?
adakah kamu itu tak pernak buat silap?
kamu tak pernah sakitkankan hati pasangan kamu?
jangan biarkan ego menguasai perasaan kalu tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.
mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik dan ikhlas itu tak boleh dilihat tapi boleh di rasa dengan hati

HARGAILAH TEMAN LELAKI YANG SENTIASA BERSAMA DENGAN KITA..

No comments:

Post a Comment