Followers

Tuesday, July 5, 2011

Tanda Lelaki Sayang ... part1
 
 
Seringkali kita tertanya-tanya teman lelaki kita tu serius ke dengan kita. kadang-kadang ada yang was-was dengan teman lelaki nya..jadi nak hilangkan rasa was-was jom la baca TANDA-TANDA LELAKI SAYANG

apabila seorang lelaki benar-benar JATUH CINTA dan SETIA pada kekasihnya dengan ikhlas,
perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba-tiba menjadi selembut kapas.
bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.

sekiranya kamu menyedari temaan lelakimu SENTIASA BERSUNGGUH-SUNGGUH melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hiduo.
situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar.
dia bukan lah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar.
Betapa beruntungnya kamu.


jika teman lelakimu SENTIASA BUAT HATIMU SENANG dan TERHIBUR,
itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.
sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang.
kadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
padanya sudah menjadi tanggubjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiase senang dan terhibur.

jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang KUAT MEMBEBEL sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat,nasihat bermaksud mengingati.
dia akan sentiase mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.
jadi terbukalah mendengar nasihatnya.

jika sudah sayang,
macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.
begitu juga juka teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi...


No comments:

Post a Comment